27 July 2009

Al-Fatihah



Al- Fatihah juga kepada Arwah Yasmin Ahmad. Beliau adalah pengarah filem yang terkemuka di Malaysia. Filem Sepet, Rabun, Talent Time dan Muallaf sememangnya menarik perhatian umum. Apa yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Beliau hanyalah insan biasa sama seperti kita. Rest In Peace Yasmin Ahmad :)




Al-Fatihah kepada Arwah Mohamad Syafiq Mohd Sharif, Dia pelajar Diploma Pengurusan Pejabat ,Semester 3. Dia kemalangan motor selepas menunaikan solat jumaat, walaupun aku tidak rapat dengan dia, tapi aku kenal. Arwah baik orang nya. Semoga beliau ditempatkan di kalangan mukmin yang sejati dan syurga menanti beliau. Insya Allah. AMIN.



Apa yang buat aku tersentak la kan, ramai orang yang aku kenal tahun nih meninggalkan dunia. Aku takut jika dikalangan kita, ahli keluarga aku ke? rakan-rakan aku ke? yang pergi dahulu sebelum kita. Aku insaf dan sering bertanya kepada diri aku, cukup ke aku ibadah kepada ALLAH? Sudah kah aku membayar hutang? Sudahkah aku meminta maaf di atas ejekan aku? umpatan aku? dan berbagai lagi? Bagaimana ingin aku ke syurga? Jika benda benda ini yang menghalang aku. Insaflah rakan rakan. Benarlah orang kata,hidup ini tidak lama. Esok lusa nyawa kita akan ditarik. Islam pun menyuruh kita ingatkan mati. Selalu ingatkan mati. dan kalau boleh bagi solat kita itu, kita bayangkan seperti solat terakhir kita.
Cukup kah kita Solat Lima waktu? Tepuk dada tanya selera! Adakah dengan amalan amalan yang kita buat sudah cukup untuk tempah hidup kita di syurga? Ingat Allah sentiasa bersama kita, pintu taubat masih terbuka. Jangan tunggu bila tanda tanda besar kiamat muncul, baru kita mahu terhegeh-hegeh bertaubat. Ingatlah! Tika tanda tanda ini muncul, tertutuplah pintu taubat wahai para sahabat!
Renung-renungkan. Salam. :)

10 comments:

Chip. said...

katakan YA KHALED! UCAPKANLAH APA YANG TELAH DITAIP ITU KEPADA DIRIMU. NESCAYA KAMU AKAN BERADA DALAM KELOMPOK ORANG YANG BERIMAN.



haha :p

Shamim Hashim said...

been thinking about that lately, dont know why. hurmm.

Qaledo said...

hahaha chip. aku cakap pada diri aku sendiri juga lahh. alaa kau nihh.

mim; baguslahh ;) ingat mati, makin dekat dgn ALLAH

Teddy Reezwan said...

Kesedihan melanda...rasa insaf kan.. Syafiq tu budak OM? tak penah nampak pun..erm..

Qaledo said...

ada syafiq tuh selalu dgn joe. dia tak berapa nak menonjol. Betol. Kita kene ingat mati wan.

Chip. said...

ingat ingat lupa,

adiek said...

aku cam kenal lah arwah tue..
die selalu kat dm indra mulia eygh

Qaledo said...

ye la kot, haha. aku pon tatau dia selalu pg mana adiek. sorry.

BaBbliNg BaR0nNESs said...

Salam.
Bagusnye adik akak nih..
dlm rock2 ingt jugak mati..
Inilah barisan pemuda yg Msia perlu ada, berilmu, beramal n bertaqwa..
moga kamu sntiasa d jalan yg benar
may u b in His path, always...

Jj said...

ksian kan.......
kita plak xtau bila n mcmana keadaannya........