30 April 2010

Ingat Mati

Acapkali kita mendengar pemergian orang tersayang,
Aku gentar kerna ramai kenalan kenalan aku kehilangan orang tersayang mereka,
aku takut adakah aku dapat menghadapinya jika ia nya terjadi kepada aku,
Ataupun aku yang oergi dahulu menyahut seruan Allah,
adakah kita cukup ibadah kita? walhal kita tahu solat adalah perkara pertama yang dihisab,
tetapi kita masih berlengah lengah lagi mengerjakan ibadah kepada NYA

Selain itu,
Sayangi ibu bapa anda selagi hayatnya ada di dunia ini,
kita kerap kali katakan tidak, kerap kali derhaka kepada mereka,
cepat cepat minta maaf kepada ibu yg terluka hatinya,
kerana apa? kita takut, kita tidak sempat untuk mencium tangan ibu kita.
benar kata pepatah, syurga itu bawah tapak kaki ibu,
tetapi rezeki kita dibawah tapak kaki bapa kita,
Nabi Muhammad tak pernah mengajar umatnya untuk menderhaka apatah lagi bercakap 'ah, oh' ,
Sungguh dasyat dosa dosa yang telah kita lakukan,
Ingat, tanpa keberkatan ibu bapa kita, bauan syurga tidak dapat dihirup,

Al- Fatihah
  • Takziah kepada Mohd Shamim Abdullah Sani diatas pemergian ibu nya pada 20 April 2010 lepas, Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan dikalangan para mukmin yang sejati. Amin.
  • Takziah juga kepada keluarga Achik Spin dan Keluarga Din Beramboi. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Arwah sangat berjasa kepada industri hiburan kita.
  • Takziah kepada keluarga Aminulrasyid Amzah di atas pemergian beliau. Arwah sungguh muda dan kita tidak sangka , umur muda dan tua, ajal ditangan tuhan. Semuanya sudah tertulis.
Renung-renungkan , Selamat Menyambut Hari Pekerja !


2 comments:

Chip. said...

insaf habis la ni :p

The Lulu said...

led...pe kaitan nk mati dgn hari pekerja?