14 August 2010

Ramadhan

Hari ke empat harini kita berpuasa ! Semuanya berjalan lancar . Selesai 4 kali terawih. Sahur pun menjadi santapan pagi. Ramadhan yang mulia kini kembali. Singgah sebulan untuk menjadi penentu hati. Orang ramai ckp, pasangkan kat kepala bahawa ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita. Kita takut dan gusar jika kita tdk sempat menemuinya kembali di tahun hadapan dan seterus nya. Jadi beribadah dan puasa biar penuh di dalam Ramadhan yang barakah ini ! tahun ni tiada diari ramadhan raffique nak tengok after berbuka. HAHA.

Menjadi persoalan, pasar juadah dan bazar ramadhan . Walhal dua maksud ini lebih kurang sama makna dan marhum nya. Biarlah dikatakan tidak kukuh bukti dan alasan tetapi menjadi penerus tradisi sekian lama. :) Semalam , di Stadium Jasin , Melaka ada ribut yang melanda lebih kurang 4.45ptg. Ketika peniaga peniaga khusyuk menjual juadah mereka, ribut ini yang datang secara tiba tiba telah meragut nyawa 3 mangsa. Sedar atau tidak, nyawa / ajal kita boleh ditarik bila bila masa. Kita mungkin ingat , apabila ke BAZAR itu , kita selamat pergi dan pulang. Benar kata orang. Ajal kita dimana dimana sahaja. Ajal ditarik tika bulan ramadhan disemarakkan mungkin indah bagi si mati. tetapi terdapat kesdihan kerana tidak akan berjumpa lagi bulan ramadhan di lain hari !

Dulu, ingat lagi waktu kecil . Mak kita bagi RM 1 atau permainan sbg upah untuk berpuasa. Bila tidak berpuasa , disuruh kita makan di berlainan tempat dgn orang berpuasa. Itu laa didikan ibu bapa kita agar kita berpuasa di hari berusia kelak. Umur sudah cecah 20 tahun, Duit raya mungkin tidak lagi singgah di poket baju melayu nanti. Takpe lagi 5 tahun, poket baju melayu di sini pula yang memberi duit raya ,

Lagi 2 minggu akan ke Terengganu untuk menjengah keadaan berpuasa disana. Insya Allah akan dapat banyak kenalan baru dan pengalaman baru di sana. Semoga Allah memberkati perjalanan pergi dan balik kami ke Terengganu. Selamat kami pergi dan balik agar dapat terus beribadah kepada ALLAH :) .

Ohhh baju raya belum sempat nak beli. maybe nnti Cuti Aidilfitri 2 minggu nanti menjadi tempat untuk membeli belah. Jadi selamat menyambut Ramadhan barakah ini ! Selamat Berpuasa & Bersahur ! Semoga kita jumpa lagi. Jangan ponteng dan amalkan Sunnah tika Bulan ini di semarakkan ! Salam Ramadhan !

1 comment:

Anonymous said...

wow yew ke ade kes ribut kat bazar then 3 nyawa terkorban?x tahu pun=(

cpt2 buat next post,like the way u susun ur ayat2.penuh makna.

btw x terlambat nk wish u selamat berpuasa=)