18 September 2010

Mood Raya + Mood Perak = Best ?

Salam Eidulfitri kepada semua! Maaf Zahir & Batin. Yang tak wish tu , sorry. Faham faham je la dah wish okay. Mesti best kan raya korang. Yeah. Mmg skang trend raya di Kuala Lumpur dah semakin menjadi kan. Bak kata Cik Salmah kawan lama saya, Kuala Lumpur pun JEM hari raya. Pelik. Ingatkan clear je jalan. Rupenya tak.

Okay nice equation kan title. *Syok sendiri* Haha. Alhamdulillah now dah raya ke sembilan. Cepat je masa berlalu. Dulu time puasa rasa macam , cepatnya puasa. Now pun cepatnya raya ! Benda yg paling menarik eidul fitri kali ni. Umur dah makin lanjut, still dapat duit raya. and lagi banyak dari last year. HAHA. Muka makin muda kot :))

Yeah perjalanan raya ke Penang , dan Melaka alhamdulillah tak jem langsung. Thank you ALLAH. & Kitorang pun selamat pergi dan balik. Even Penang Bridge ada terbakar cable lahh. Kitorang tak pernah stuck dalam jem. Raya di Penang best sbb ada bbq , fireworks and first raya petang tu aku sempat curi curi tidur konon2 penat lah. HAHA. Sbnrnya dah ngantuk gila sbb bgn pagi2 semangat solat sunat aidilfitri . Ingat nak masuk RTM sbb solat di Masjid Negeri , time time aku tengah salam tu la, RTM punya camera stop recording. Hampa doh ! HAHA. Dah smangat ni SMS chip suruh buka RTM malam kang sbb ada video aku. Semangat betol. This Eidulfitri , baju colour Champagne, Lawa ! Macam nak bernikah naaaaaa, Songok tinggi 5 inci ! HAHA finally dapat juga beli. Lama mengidam dahh. Mmg dapat banyak pujian yaa dari uncle/ auntie / cousin / anak/ cucu / cicit semuanya. YB baru katanya :) Kat penang pekena nasi kandaq lagi ramai ramai satu family. Seronok naa ! Cukup pasal penang.

Melaka pula lain cerita dia, ada bbq juga. Masa malam bbq tuh, boleh pula ada sorang hamba Allah ni, Baru lepas high ke apa ntah, mengamuk dok pecah kereta rumah jiran nenek aku. HAHA. 3 kereta pecah abis cermin dia. Kitorang ramai ramai kat luar rumah nenek tu sebuk ber BBQ tu apa lagi. Bertempiaran lari masuk satu pintu kecil tuh. Cuba bayangkan. HAHA. Mmg lawak la time tuh. About 20 orang lebih masuk satu pintu cepat2. Hamba Allah tuh last last dapat ditangkap oleh POLIS, Rupenya hamba ALLAH ni dah 21 kali masuk keluar penjara , dia drugs addict lagi. Patut laa. Dia mengamuk sbb ada la sebab sebab nya. Tak yah la nak dok cerita kat sini. Kat melaka pun kutip lagi duit raya. Dapat banyak juga.

Laptop aku baru elok. Finally , masa balik dari penang , adik aku boleh terjatuhkan laptop ni then takboleh on. Ingatkan motherboard ke apa, rupenya RAM je. Alkisah, pergi Acer kat USJ, cari cari dgn chip sampai sesat sesat dah. HAHA. ntah macam mana kitorang jumpa juga. Then, dia kata boleh siap hari jumaat. Time aku pergi hari rabu. Okay then, tadi jumaat pagi pagi aku dah call, tak siap lagi. Petang aku call dia kata tak siap. Cis. Service Centre tu tutup pukul 6 pm, So aku dgn risiko nya pergi terus ke Acer Service Centre pukul 5 pm, smpai2 around 5.30 pm , dia kata tunggu jap 10 minutes, tunggu lama juga laaa. Suddenly dapat call, from acer ckp laptop aku dah siap. Pukul 5.55pm. Aku ckp lah aku dah smpai pun kat ACER, then dia macam oh okay okay. Aku dapat la laptop aku lepas tuh. Korang boleh imagine tak , if aku kat ampang time dia call 5.55pm tuh ckp laptop aku dah siap, sempat ke aku smpai USJ pukul 6.00pm. Nasib baik sangat sangat nasib baik aku pergi je Acer tadi. Tatau kenapa tergerak hati nak pergi sana. Thank you ALLAH again ! :)

Mood raya kalini kejap je la kot. Ya la nak balik UiTM Perak. Tick tup tap tock. Aku tinggal lagi 1 semester je kat Perak. Hope sangat dapat fly. Insya ALLAH if ada rezeki. Bak kata Pak Man, Oversea ni banyak difference dia dgn local. Hehehe Layankan je. Tinggal 4 minggu lagi nak final exam. Muet lagi. Seriusly , aku tak ready lagi untuk ambil exam. Ntah lah. Smpai kat perak ada events lagi nak buat, and study lagi. Mmg aku kena bahagi masa elok2. Apa yg penting, tujuan aku sbnr ke UiTM for study and bagi my parents senyum lebar dgn kejayaan aku. Insya ALLAH!

Sorry tak buat openhouse this year, & bila da smpai perak nnti , mmg lagi 3 minggu baru balik KL. So raya pun dah abis dat time. So tak sempat laa nak beraya sakan. Maybe beraya dgn orang perak je lah kot :) . Selamat Hari Raya kepada Semua ! Wish you all Goodluck ! Maaf Zahir dan Batin. Sorry if terkasar, tergurau , tersakit hati , termaki, termarah, macam macam ter lah. Sorry. Tak sengaja. If sengaja pun, anggaplah tak sengaja :P. Salam & Bye bye

1 comment:

The Lulu said...

waaaaaaaaaaa..exam plak ko pk..ni assignment menimbun sape mau buat?