24 October 2010

Congrats !

Jumaat Pukul 2pm naik KTM ETS. Alhamdulillah. Mmg benar orang kata 2 jam je sampai ipoh. Tapi tak sampai ipoh pun. Sampai Batu Gajah jee. Then syihab ambil dkt ktm Batu Gajah , Thanks to Syihab and Muaz cos bagi pinjam kereta. Errr smpai sampai UiTM , Fakhrul My roommates apa lagi dok sebuk tengok avatar cartoon dia. Smpai ke MALAM okay. Sangat Marathon movie Fakhrul ni tau. Grrr Geram ! HAHA.

Malam tu, adalah kemuncak segala galanya. Tepat 10.30 PM , aku mula naik pentas sebanyak 5 kali. Oh yaaa, Ada apa eh? Lupa nak cerita. Ada Anugerah Kecemerlangan Pelajar UiTM Perak 2010 di Dewan Seri Iskandar Lama , UiTM Perak. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Kampus UiTM Perak. Alhamdulillah. Penat lelah kami. Cacian demi cacian. Cerca demi cerca. Benci sana , benci sini. Kami EXCO PERSIDA harungi bersama. Kami telah berjaya mengeggarkan Fakulti Perakaunan UiTM Perak dengan kejayaan membawa pulang 6 ANUGERAH ! Selepas 15 tahun ditubuhkan PERSIDA, iaitu Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan oleh Tuan Haji Hatta Sapwan. Saya kira ini kali pertama PERSIDA mendapat Persatuan Terbaik UiTM Perak 2010. Alhamdulillah. Dengan tenaga kerja 20 exco dan dibantu oleh sahabat sahabat yang lain secara langsung tidak langsung. Kami berjaya mengharumkan nama PERSIDA.

Ketika saya part 2, ingat lagi cabaran Encik Razak ketika itu, Koordinator Diploma Perakaunan. Beliau mencabar untuk menjadikan PERSIDA, sbg sebagai Persatuan Terbaik UiTM Perak. Ketika itu, saya ambil cabaran beliau. Alhamdulillah saya dipilih menjadi Exco Keusahawanan dan Ekonomi ketika sesi 2009 / 2010. Dibawah pimpinan cemerlang Zani dan Yati. Alhamdulillah. Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar. Pada dahulunya , ramai sahabat sahabat saya katakan saya sombong, dan macam macam negatif lagi. Tetapi PERSIDA yang telah mengajar saya menjadi Siswa yang terbaik. PERSIDA juga telah membuka mata saya inilah realiti Alam Universiti. PERSIDA juga telah mengejutkan saya dari Tidur. Alhamdulillah. Dengan kesibukan membuat events dan bagai. Keputusan Final Exam ketika itu telah membuatkan saya mendapat Anugerah Dekan untuk part 2 & part 3. Itu la sejarah nya. Ketika part 4 saya dipertanggungjawab kan untuk memegang jawatan PRESIDEN PERSIDA. Yaa, ketika itu ramai yang mempersoalkan kenapa saya? Ramai yang membenci. Ramai yang kata ini adalah kronisme. Saya mendiamkan diri. Saya mengalas tanggungjawab ini dengan tawaduq. Kepercayaan ini yang diberikan oleh warga fakulti saya tidak boleh abaikan. Alhamdulillah banyak rintangan dilalui, banyak perkara manis dilalui, akhirnya semua yg berlaku ada hikmahnya. PERSIDA telah memenangi ANUGERAH PERSATUAN TERBAIK !

Ini adalah senarai anugerah yang dimenangi PERSIDA UiTM Perak Sesi 2010/ 2011 :

1) Anugerah Persatuan Terbaik Kategori Ilmiah -
Intra UiTM Perak Debate Championship 2010

2) Anugerah Persatuan Terbaik Kategori Sukan & Rekreasi -
Interfaculty Paintball Challenge 2010

3 ) Anugerah Persatuan Terbaik Keseluruhan 2010
4 ) Anugerah Penasihat Paling Aktif -
Miss Masetah ( Penasihat PERSIDA)

5) Anugerah Kepimpinan Cemerlang Siswa -
Syed Khaled ( Presiden PERSIDA )

6 ) Anugerah Aktif Sukan Pasukan -
Salah seorangnya ( Alif Aiman - Exco Sukan & Rekreasi PERSIDA )

Alhamdulillah Cabaran Encik Razak telah di tunaikan. Thank you kepada Tuan Haji Nor Azman, Cik Masetah , En Zoolhelmi , Puan Yusnaliza, Kak Ti ! , Pensyarah pensyarah Fakulti Perakaunan, Pensyarah -pensyarah UiTM Perak , Staf Bahagian HEA, HEP , BPF , ILQAM , Pejabat Bendahari, semua Exco exco PERSIDA - Farah, Chip , Anis, Zyra , Adik , Iman, Uzair, Shuq , Shamim , Alif, Ila, Ana, Pika , Aqilatul , Amzar , Syeera , Khairi , G , dan Aiman , semua Pelajar Diploma Perakaunan UiTM Perak. Tanpa seorang yang didalam list ini takda, tidak mungkin PERSIDA akan dapat anugerah ini. Ini semua kejayaan kita . Demi mengharumkan Fakulti Perakaunan. Thank you so much. Allah sahaja yg boleh membalas jasa baik korang semua. Insya Allah kenduri akan diadakan tidak lama lagi. Kenduri kesyukuran.

Untuk makluman semua, kita akan bertanding untuk mewakili UiTM Perak di UiTM Shah Alam nnti. Insya Allah , doakan kejayaan kita sekali lagi. TERIMA KASIH SEMUA !

Salam 1 PERSIDA, 1 KEJAYAAN ! :D

3 comments:

The Lulu said...

bertanding untuk ape plak di uitm s.alam?

Mustaffa Bukhari said...

salam..tahniah buat persida..semoga terus hensem dan jadi benchmark buat semua di UiTM perak....best rasanya klu masih diploma sekarang nih..bleh lar cakap..saya sebahagian dari persida.heheh searang dah x leh hahaha

Hafiz Azhari said...

terbaik la PERSIDA!!!!
bgga gler ngn korg=)