Today, 15 June 2010......Weather : Baru nak panas
Place : Rumah Ampang
Apa kena mengena gambar ini? Ini lah bunyi elephant, cengkerik ke apa korang nak katakan yang berlaku di stadium stadium south africa sekarang , yaa sempena dgn world cup. Benda ini dinamakan vuvuzela. Haha. Sakit telinga kan dengar benda ni. Benda ini menjadi kontrovesi sejak dari Fifa Confederation Cup lagi. Vuvuzela telah mencetuskan fenomena luar biasa di kancah piala dunia. Kita lihat saja perlawananan apa sahaja, kita akan mendengar benda ini. Ya lagi lagi apabila team kesayangan mereka menyerang. Ini adalah alat tradisional Africa yang akan mengeluarkan bunyi bunyi yang merimaskan!
Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo telah menyuarakan ketidakpuastian beliau dengan bunyi elephant ini kerana akan menganggu fokus pemain ketika bermain di padang. Sedar atau tidak, bunyi wisel yang ditiupkan oleh pengadil , jauh dan susah kedengaran kerana dek bunyi vuvuzela ini.
Kita ambil contoh, Van Persie ketika perlawanan Netherlands vs Denmark, beliau telah dikatakan offside, dan pengadil sudah meniupkan wisel, namun, beliau terus membawa bola sehingga la beliau tersedar bahawa beliau offside, dan beliau menyalahkan vuvuzela dengan gaya mimik tangan beliau.
Vuvuzela , alat hon stadium ini dikatakan telah menerima bantahan jurulatih dan pemain pemain yang beraksi di piala dunia, tetapi Presiden FIFA, Joseph. S. Blatter dalam laman twitter beliau telah mengatakan " its awesome and its should stay " . Ini lah satu trademark yang hadir oleh South Africa. Banyak pro dan kontra mengenai vuvuzela ini. Kita perlu lihat didalam pelbagai aspek.
Pro , vuvuzela telah menaikkan keghairahan penonton yang kadang kadang bosan dengan rentak perlawanan yang dimainkan oleh pasukan mereka, mereka apabila terlalu bosan, mereka akan meniupkan vuvuzela dan mengegarkan stadium bagi menaikkan kembali semangat penyokong dan pemain pasukan kesayangan mereka. Vuvuzela ini adalah satu cabaran untuk para pemain di South Africa , dan ini la yang dikatakan unik nya South Africa. Merata tempat di Africa , terjual benda vuvuzela ini. Mengikut perangkaan syarikat yang mengeluarkan vuvuzela ini , 1.5 juta unit sudah terjual. Jadi tidak hairanlah di stadium , bunyi nya mengalahkan wisel dan gegarkan stadium, sehingga kita sebagai penonton di rumah pun terasa rimas mendengarnya.
Bunyi yang dikeluarkan oleh vuvuzela ini akan merosakkan telinga anda , lagi lagi apabila anda berada di stadium. Fakta, 127 decibel kekuatan bunyi telah dikeluarkan oleh vuvuzela, manakala, referee whitsle 121.8 Decibel. Kita kalau , bunyi wisel pon da sakit telinga and rimas, apa tah lagi dengan vuvuzela ini. Para penonton sudah dinasihatkan memakai alat penutup telinga ketika berada di stadium.
Sebelum mengakhiri tulisan ini, kita sama sama lah hiburkan diri kita dengan lagu yang kalau kita dengar, kita dah tahu lagu siapa :) Lagu ini kena mengena dengan worldcup. Ya, mmg smlm baru tukar lagu, tetapi lebih cantik, molek jika kita sesuaikan dengan demam piala dunia sekarang. Kenapa lagu lama, yaa lagu ini dah macam lagu raya dah. Kalau dengar banyak kali pon tak bosan dan kena pada musim dia, lagu ini sudah berumur 12tahun!
Enjoy. Cup Of Life - Worldcup'98 France , by Ricky Martin.
Sebagai konklusi, suka atau pon idak, vuvuzela adalah satu trademark yang baru di cetuskan oleh south africa didalam arena bola sepak, Harap harap vuvuzela ni akan sampai di Malaysia. Kasi gegar bukit jalil stadium and pemain malaysia baru semangat! Anda tentukan.....
Dari South Africa,
Syed Khaled :)
HAHAHA!
3 comments:
hoho, vuvvzela ? ko import la dr africa :))
ye dulu aku pernah menari pom pom dgn lagu ni kat sekolah. hahahahaha, darjah brapa tah.
Ila : mmg aku nak import dari africa! haha !! kalau ada kasi gegar sikit sportday persida :P
sarah : hahaha kau menari pom pom? bukan ke kau dulu gemok ? :PP hahahahaha ! gurau aja!
Post a Comment