Today 21 June 2010
Weather : baru lepas ujan lebat ( dah takut takboleh tgk brazil vs Ivory Coast tadi )Mood : Ngantuk & nak Tidur
Place : Bilik Khaled & Nabil , Ampang, Malaysia
Brasil vs ivory Coast, Sumpah sangat digemari ramai. Dan ada yang sanggup bersengkang mata demi melihat star star mereka beraksi. Kaka ( kesian kena kad merah , siapa suruh tak kawal emosi ) , Drogba ( Tandukan yang cantik ) , Robinho , dan ramai lagi. 3-1 adalah jaringan dengan kemenangan berpihak kepada Brasil. Yaa banyak team yang tersungkur dek team yang lemah "underdog " , tetapi brasil tetap kuat untuk meneruskan perjuangan. Tahniah Brasil. Yang nampak untuk jadi Juara Piala Dunia 2010 adalah Brasil. England? ohhh. Main tolong bagi elok dan agresif sikit. Wayne rooney di ' boo ' peminat adalah satu cara untuk menaikkan kembali semangat mereka yang menanti perlawanan mesti menang menentang Slovenia. Kita Lupakan sebentar Piala Dunia.
Apa yang terjadi , semuanya ada hikmah. Insya Allah, Hikmah itu yang akan datang sekejap atau lambat. Memang nasib aku kurang bernasib baik semenjak dua menjak ni. Tetapi video johan dan zizan dapat menggelikan hati aku sebentar :) Thanks jozan. Alhamdulillah repot polis sudah dibuat bagi kemalangan yang berlaku ke atas aku tempoh hari. Aku meneruskan hidup lagi selangkah demi selangkah. Ya, sekarang aku menuju ke menara gading di seri iskandar, perak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pembantu MMS, atau Orientation Committee.
Sudah berkemas, dengan barang yang dibawa, dari kad matriks sehingga baju dan seluar sudah diletakkan didalam beg. Esok, tarikh mulanya aku akan kurang bermain internet, kurang mengudpate segala yang ada di internet, facebook, twitter dan blog.
Tarikh 22 Jun pula tarikh aku berkursus di Menara Gading yang aku cakapkan tadi.
Tarikh 26 Jun pula tarikh pelajar pelajar baru yang mendapat tempat di menara gading untuk mendaftar. Dengan kata lain nya, adik-adik or anak ikan. Haha. Tarikh tarikh ini penting dan aku tahu, aku akan kurang tidur dan akan berkerja siang dan malam demi menjalankan tanggungjawab di menara gading.
Esok, tepat 2 petang, aku akan bertolak ke Seri Iskandar bersama Hasiib sahabat aku yang turut serta menjadi OC. Alhamdulillah. Aku ada teman untuk kesana, jika Hasiib tidak menemani aku, mungkin aku tidak akan ke menara gading tika 2 minggu lagi baki untuk bercuti.
Apabila masuk, 5 julai adalah tarikh bermulanya semester ke lima aku di UiTM Perak. Aku akan meneruskan pelajaran aku dan menjalankan tanggungjawab yang lebih penting, sebagai Ketua. Aku akan pastikan segala aktiviti-aktiviti dan kebajikan pelajar akan berjalan lancar. Aku akan kurangkan bergurau. Insya Allah dan pelajaran akan ku letak kan ditempat yg pertama didalam hati ku.
Aku sedar, aku akan susah untuk melihat perlawanan bolasepak Piala Dunia sedangkan rakan rakan aku berseronok melihat nya di rumah atau pun kedai mamak. Tidak apa, ini lah dinamakan pengorbanan. Dewan Makan di UiTM Perak dan Restoran Mamak Salam akan menjadi tempat persinggahan popular oleh pelajar pelajar UiTM :) Sehingga kita berjumpa lagi.
Maafkan segala salah silap. Halalkan hutang , makan minum. Kita buang buku lama. Buka buku baru. Chapter baru. Salam.
Hasil nukilan.
Syed Khaled Al-Mufadhal
p/s : haha bosan sangat , jadi skema jap! :)
2 comments:
gilew.hahahaha..
akhirnye ko akui Brazil ade sianr kemenangan
ahha , selamat maju jaya ye khaled !
yeahhh ana, go brazil , go spain !
hahah
sedang kan portugal pn maen agak BAGOS :P
Post a Comment